orang kampung
orang kampung . kenapa dengan orang kampung ? hee . sapa orang kampung kat sini ? haa . aku pun orang kampung . mak ayah sekampung . atuk nenek dua dua blah sekampung . paklong, pakngah , makcik pakcik pun sekampung . *gila bosan . ta bekembang . tapi rapat tw :)
okay , kenapa dengan orang kampung ? kadang kadang , aku tak paham lah . perangai orang kampung nieh . dunia dah maju . tapi , pemikiran hat tu gak . tak bekembang kembang . badan je yang bekembang . tu lah . taw hat duduk bawah pokok soseh soseh jea . yang laki lak dok warung soseh soseh gak . jangan ingat makcik makcik jea . pakcik pakcik pun soseh soseh jugak . kekadang lagi hebakk dari makcik makcik . tapi , TAK SEMUA ORANG MACAM TU tw . tak pepasal ade kang makcik pakcik yang bace ni , terasa . aku lak yang kene tikam ngan lembing . *adoy ! tembus badan .
kalau lah ade anak anak dara or janda janda o mak mak yang dok bejoging pepagi , mule lah nanti . time sapu sapu laman umah sambil soseh soseh . tu dengan jiran je . nanti lepas lunch , panas panas kan tengahari . dok bawah pokok . nanti ramai le yang join . soseh soseh sampai ke maghrib . ish ish . tak smpai sehari . dah heboh sekampung . kenapa dia tak puas hati ehk ? orang bejoging je pun . untuk kesihatan . sesambil tu , bole le baka baka kalori . biase kalau ade joging pun , pepagi b4 pukul 7 . sebab tanak bagi orang nampak . tu pun jadi bahan jugak . mereka sering berpikiran negatif . kalau nak joging petang , orang dah ramai . nanti lagi lah jadi bahan . joging petang salah . pagi salah . nak kene joging kol 3 4 pagi ka . nanti kata gila pulak . jadi bahan lagi .
sememangnya perempuan dianugerahkan dengan bentuk badan . tak macam lelaki . lurus jea . tade bonjol sana sini . ye . paham yang itu . kalau joging o lari . "benda" tu akan jadi pemerhatian utama . bukan niat kita , joging tu untuk menunjukkan asset yang kita ada . takan la time joging tu yang dipegang je benda tu bagi tak kesana kesini ? bukan kita sengaja untuk menggegarkan apa yang kita ada . ini adalah kerana kesihatan . kalau dah terlebih sangat lemak , mestilah kene exercise . kalau kene sakit yang lebih teruk , makcik makcik o pakcik pakcik nak betanggungjawab ke ? lagipun , dekat kampung pun suda disediakan tempat berjoging . tapi tak digunakan . kan membazir . ?
begitu juga jika nak main futsal . nak main petang , nanti jadi bualan org ramai . yelah sebab orang nampak kan . nak main malam , nanti kata kita beromen pulak dengan budak lelaki . kalau nak badminton lak , nanti kata , tak manis , orang perempuan telompat lompat . =.=' semua serba tak kena . habis , camana nak besenam ? kadang penat . buat tu slah . buat ni salah . yelah . mulut orang . sampai bila pun tak akan berhenti bercakap pasal orang lain . betul tak ? ish ish . tu lah namanya . tak berpikiran terbuka . sebagai perempuan , takkan lah nak menayang sana sini . bukan joging pakai selua pendek . haish . kan kene bersenam sekurang kurangnya 3 kali seminggu .
aku tw , fenomena ni bukan je kat kampung . kekadang , kat taman perumahan pun ade juak yang cakap cakap . tapi , tak banyak la . so , untuk selamat . kene pergi taman rekreasi . T.T duit minyak g balik je da RM15 . bek lari setempat jek kat dalam umah .
#ampun maap . entri jalan lurus . stret terus . tade lapis . maaf juge kalau menyinggung atau ade yang tak puas hati ? :) ekceli , tatau ape tajuk yang sesuai untuk entri ni :P
No comments:
Post a Comment