Sunday 29 July 2012

menangis dari johor sampai cyberjaya



how to start eh ? hee :) dah lama aku ta update blog kan :) i have a senior time high school yang memang cool habis . and i really admire her . hiks . dia memang active kat school . hockey memang hebat and selalu wakil selangor , sukma , and sprinter . pandai pulak . and solat pun , memang tak tinggal . dia sangat mementingkan solat . selalu bangun awal study . solat tengah malam sume . :) and no wonder la she can get straight A's time SPM even she not in class A o B . 

one day , time training hockey . tibe tibe die cerita pasal seorang budak tu (junior) . time tu die form 2 and that junior form 1 . baru masuk that school la kiranya . and that time dalam bus from johor nak ke skola tu . baru naik cuti bulan 3 . die story yang junior tu nangis je dalam bus . die tegur nak tukaq tempat duduk pun , junior tu taknak . die tanye , junior tu tak jawab . bus berenti , junior tu tak turun . and memang . air mate junior tu tak berhenti mengalir . sampai la skola . hish . yela . budak baru . tak bole nak pisah ngan parents lagi kan . and dia pun tatao nak buat lagi ape time otw nak sampai sekola tu . so then , die pun diam je la . junior tu asek ngadap tingkap je layan pasaan die . hikss . die pujuk pun junior tu nangis jugakk . haha . kelaka rasanya kan . then , team hockey yang dengar tu sume nk tahu sape . 

crying baby girl.

and u all tw tak ? that junior was ME

urghhh . malu tak malu lah kan satu team gelakkan . haha . soo kelakar kan kalau ingat kisah dulu dulu . and now , even aku tak pandai mana . alhamdulillah . aku still diberi peluang untuk terus belaja . kawan kawan sume mostly dah nak buat degree . but me ? its okay . rezeki masing masing . and it is my fault , banyak sangat main time high school :) hehe . okayy than . wassalam :) 

Wednesday 18 July 2012

ETIKA KOMUNIKASI



Apa yang korang tahu pasal "komunikasi" . Setiap orang memahami komunikosi dengan cara yang berlainan . Macam macam pendapat yang kite boleh dapat daripada semua orang . Tetapi , tetap mempunyai maksud yang sama kan ? hee . Tadi masa CTU , (subjek agama) . aku belaja pasal "ETIKA KOMUNIKASI" . and . banyak yang aku dapat :) meh aku share sikit dengan korang ^^ 

Komunikasi merupakan asas dalam kehidupan seseorang manusia dan merupakan medium penyebaran maklumat daripadan seorang manusia kepada manusia yang lain .  Komunikasi dalam Islam yang berteraskan akidah mesti mencerminkan akhlak-akhlak yang mulia dan khususnya berhati-hati menjaga lidah semasa kite berkomunikasi kerana lidah manusia lebih tajam dari sebilah pedang dan lidah jugaklah yang menentukan pribadi dan martabat seseorang itu di dalam pergaulan . 

Ada lima saranan di dalam Al-Quran berkaitan etika ketika berkomunikasi dalam Islam :


  • Qaulan Sadida
Isi pesanan harus jujur dan benar . Informasi yang disampaikan mestilah tidak ditambah, dikurangi atau direka-reka . . Ketelusan dalam penyampaian mesej hendaklah dijaga agar tidak berlaku fitnah serta penyelewengan fakta yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pihak-pihak tertentu . 

  • Qaulan Ma'rufa
Menyeru kepada kebenaran dan kebaikan serta mencegah kemungkaran sesuai dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi . 

Merupakan satu kesilapan yang sangat sangat lah besar disisi Islam apabila seorang komunikator ketika berkomunikasi, dia mengajak masyarakat hanyut dalam perkara-perkara yang melalaikan serta maksiat . Lebih parah lagi apabila apa yang dipertuturkan mengandungi ajakan-ajakan yang boleh membawa syirik terhadap Allah SWT . So , korang , harap korang tahu ape yang korang nak sampaikan kat orang lain :) 

  • Qaulan Baligha
Kata-kata yang membekas dijiwa manusia yang benar-benar keluar dari lubuk hati . Salah satu faktor penting kejayaan dalam komunikasi telah diakui, jika kata-kata yang digunakan berjaya membekas di jiwa manusia . Komunikator hendaklah mempunyai kemahiran dalam memilih dan menggunakan setiap kata-kata sehingga ketika diucapkan benar-benar mengena ke lubuh hati pendengar . 

  • Qaulan Maisura
Ucapan yang menyenangkan hati, layak dan baik untuk dibicarakan serta mudah dimengerti . Islam memerintahkan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat dan membantu mereka yang memohon pertolongan. Jika permintaan itu tidak dapat dipenuhi, hendaklah ditolak dengan perkataan yang baik dan sesuai agar tidak membuat mereka kecewa . *kalau aku , aku susah sangat nak tolak , sebab aku lebih pentingkan orang lain dari diri sendiri . Seorang komunikator juga perlu menghormati pendengar apabila bercakap seperti tidak meninggikan suara, bercakap dengan bahasa yang sopan dan beradab bukan dengan kata-kata yang kasar, maki hamun serta mengaibkan orang . 

  • Qaulan Karina
Menggunakan perkataan yang mulia dan tiada unsur-unsur keji . QK bererti , apabila komunikator berbicara, perkataannya mempunyai isi yang bermanfaat, mengandungi kebajikan, menyenangkan para pendengar, bahasanya sopan dan lemah lembut, bercakap dengan rendah hati tidak merasa dirinya yang paling benar, ramah dan sentiasa tersenyum .

Islam melarang menggunakan kata-kata kotor, caci maki, memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukai, menggunakan bahasa yang tidak sopan dan sombong . Tambahan pulak , akan menyakitkan hati orang lain . betul takk ? And , panggil lah seseorang dengan nama dia sendiri yang baik baik sebab kata kata merupakan satu doa . Kan ? Kalau korang memanggil nama orang dengan nama yang baik , InsyaAllah orang akan memanggil kita dengan nama yang baik :) 

konklusinya , korang sume kene lah berhati hati semasa komunikasi . jaga pertuturan , bak kata pepatah , telajak perahu boleh diundur , telajak kata , buruk padahnya :) 

#harap dapat berkongsi sesuatu dengan anda semua :) 



DOUBLE DOUBLE U . - WORDLESS WEDNESDAY #9




Block BT . UiTM Lenduuuuuuuuuuuuuu ! 

Sunday 15 July 2012

Gaya Hidup Di Dunia Membayangi Ahli Syurga Atau Neraka



Sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai akan adanya syurga dan neraka yang mana setiap manusia akan mengalaminya.  Orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang ingkar akan ke Neraka.  Semua orang Islam yang beriman berkeyakinan sedemikian.  Persoalan besar timbul ialah apakah kita menyedari bahawa gaya hidup dan tingkah laku kita sehari-hari itu termasuk sebagai persediaan sebagai ahli Syurga atau telah pun tergelincir sebagai ahli Neraka.  Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang beruntung ialah hidup yang selalu diisi dengan amalan soleh iaitu melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan kebajikan dan memerlukan perbuatan yang membawa kebaikan kepada masyarakat atau manusia umumnya.

ketahuilah semua bahawa setiap kebajikan atau kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, direkot dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikatnya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.  Allah SWT menjadikan kita di dunia ini bukan dengan tujuan sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu.  kerana itulah manusia diberi akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup binatang.  Dengan demikian amat rugilah manusia jika manusia bertingkah laku seperti haiwan.

Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan sahaja tetapi mestilah juga meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya.  Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada orang miskin tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan sepeerti mengumpat dan fitnah.  Sebagai persediaan menjadi manusia yang soleh maka kita perlu mengambil langkah berikut :

Pertama : Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan . 

Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan hak-hak manusia.

Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang melibatkan kepentingan, dan 

Keempat : Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampur adukkan perkara yang halal dan perkara yang haram. 

Sumber : UiTM 


Friday 13 July 2012

Segmen Blogwalking & Tambah Follower by Farah



hai . pukul 3.30 pagi -.- baru siap buat esaimen . ggrrr ! nak kene hanta esok ! esok clas pagi tai tak print lagi ! bbrrrrr ! 

perasan tak ? aku dah lama tak join SEGMEN ? so . harini . lepas buat esaimen and nak release tension . aku nak join segmen . segmen ape ? tadaaaaaaaaaaaaaa !!!! 


segmen ni dari cik farah
ape tunggu lagi ? jom la join :) hikks . 

Thursday 12 July 2012

LAOSHU AI DA MI




wo ling jian ni de sheng yin
you zhong te bie de gan jue
rang wo bu duan xiang, bu gan zai wang ji ni
wo jie de you yi ge ren
yong yuan liu zai wo xin zhong
na pa zhi neng gou xhe yang de xiang ni
ru guo zhen de you yi tian 
ai qing li xiang hui shi xian
wo hui jia bei nu li
hao hao dui ni yong yuan bu gai bian
bu guan lu you duo me yuan
yi ding hui ran ta shi xian
wo hui qin qin zai ni er bian dui ni shuo 

wo ai ni, ai zhe ni
jiu xiang laoshu ai da m 
bu guan you duo shao teng yu, wo dou hui yi ran pei zhe ni
wo xiang ni, xian zhe ni
bu guan you duo me de ku
zhi yao neng rang ni kaixin, wo shenme dou yuan yi
zhe yang ai ni



aku suka lirik lagu ni . hewhew . 

Wednesday 4 July 2012

pusing





takde mukadimah . terus je . 
ape yang kau rasa kalau orang yang kau suka tu act dah ada gf ? 
tapi die bagi harapan kat kau ?
die tau die ade gf tapi die tetap contct kau and bla bla bla . 
die cakap die sayang kau , suka kau , rindu kau and bla bla bla ?

3 bulan contact . 3 bulan tak contact . 3 bulan contact . 3 bulan tak contact . 
lelaki dayuss , kau ingat perempuan ni patung ke hape ?

dah lama tak contact , tetibe si gf die mara kau . 
ape cer ? dah lama tak contact tetibe kene sembur gituu ? 
tak ke pelik -.-
kfine leas tu tak contact lama daa .

*****************
tetiba di takdirkan terserempak kat somewhere macam mall ke kan . 
terpandang satu sama lain . 

"eh , aku kenal ke dia ni ?" 

tak tegur , tak senyum . just pandang satu sama lain je . 
then terus lari . 
sebab hati merinduinyaa .
taknak la nanti menyusahkan diri sendiri .
yee . lari . sebab taknak hati tu merintih rintih .
mengingati kisah silam T.T 

******************

and yess . perasaan tak boleh dipaksa . tak bole ditahan tahan . 
sehari lepas tu . try call . call je pun yang boleh . tak bole text .
dah buad text copy ngan gf die *tade privacy*
kfine . whateva . 

and fine . kalau diikutkan hati . memang ade rasa sayang lagi . 
tapi kite sebagai perempuan harus sedar . sampai bila kita nak macam ni . 
kite kene pikir , die tu bf orang . taknak la bergaduh lagi dengan kaum sendiri untuk seorang lelaki yang belum tentu akan jadi milik kita . kita tak tahu sume tu .
and fine , aku mengalah sebab aku kenal dia pun time tu die dah ade gf . 
taknak la perampas T.T
supaya hati tak bertambah terseksa and tertipu lagi dengan lelaki durjana , opss . 
kite kene la lupekan perasaan kite kat die . even kita sayang die macamana pun kan T.T 
TERPAKSA . 

*****************
adakah lelaki yang bersalah ?
ya sebab kau dah tau kau tu dah ade gf , lagi mau menggatal dengan orang lain . and kau dah bagi harapan kan perempuan macam aku nieh T.T

adakah perempuan yang bersalah ?
ya sebab senang sangat jatuh hati kat orang . sayang lebih . dah tw orang tu ade gf , still mau sayang lagi -.-

so , conclusionnya , dua dua kene la pikir . jangan ikutkan hati . ikut hati , memang merana lah perasaan korang tu . aku still dalam process . lupekan jek la . 

*******************

psst ; kekadang orang tanya . kenapa kau tak ade bf ? tipulaa takda . 
aku bukan ape . aku takut meletakkan harapan yang tinggi . sebab aku kecewa bukan sekali . berkali kali T.T bukan takda sesapa yang mintak aku untuk jadi gf die . *ececeh . tapi aku tak yakin and aku just pikir . orang ni mesti nak mainkan aku . kan kan . so , takut sangat . lagipun . kapel kan haram . kan kan . aku just ramai kawan . bf takleyh . kawan pun takpe kan . aku just taknak ade relay dengan sesapa buat masa nie . kesian kat orang tu nanti . sebab aku ni bukan betul sangat pun . aku takut aku akan mainkan pasaan die -.-

aku ni mudah untuk menyayangi tapi cukup susah untuk melupakan . lagipun . susah nak cari lelaki yang akan tahan dengan perangai aku ni . manje lebih lebih . #mak aku je yang tahan ngan pangai aku ^^ 

btw , ape yang aku cerita ni ? tunggang langgang . fail lah jadi blogger .