Tuesday 24 April 2012

SEGMENT: SERIOUS FOLLOW BACK





just click banner tu kalau nak tahu lebih teliti :)

ape fungsi segmen ni sebenarnye erk ? tengok sini.

SERIOUS , syarat die sangat senang , sebab tu aku join . hikhik ;)

done follow penganjur segmen ni :) 
en amer

kenapa aku join segmen ni ? sebab , mudah , ringkas , dan tak leceh . lagipun , aku nak sangat cam lomo tu . awwww . teringin dher . ^^ agak agak boleh dapat tak :P tapi kenelah selalu terjah situ kalau nak . and , aku nak tambah kenalan , and pembace . walaupun blog saye tak bape nak auuummm ! hanya sekadar meoww . tak berapa nak gah la maknenye tu . ish . merepek . 

bagi aku , segmen ni tadelah membebankan pun . sebab aku dok umah tak watpe kan cuti sem ni . memang haruslah join mende mende gini :) lagipun , segmen ni tadelah suruh follow sana , follow sini , like sana , like sini . kalau segmen yang nak kene follow n like sponsor yang belambak tu , memang le aku tak join . hakhak :P 

*tak cukup panjang la karangan aku tu . tapi tapelah :) HAHA . 

haaa . korang nak tengok senarai dak yang dah join ? kat sini ade . 

hmm , nak tag sape ekk . bab ni yang leceh sikit . hehe . 
aku nak tag sume ahli BCR . yeyyy ! 
nanti aku inform kat diorang okeyy :) 

tarikh tutup ? tak tahu la bile . tapi mungkin lama lagi . 
okeyy . chooww :) 

ehhh . jap jap . kepada sesapa yang datang , SELAMAT BERKENALAN . 
*kita hanya bekenalan dalam blog ini saja . cheewwaahh . 


Jom Join SukaGelak Blogwalking



selamat malam ! harini tido lambat sikit . so , ade mase nih . nak join segmen :) 
segmen dari cik julia . 

click je banner kalau nak join . 

syarat die mudah je . tunggu ape lagi ? jom lah join .
boleh tambah kenalan ^^ 
salam kenal summeee ! 



:hingus leleh , selseme :(


Monday 23 April 2012

10 surah :)





10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari 

Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada

 hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau 

fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika

 menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

jom share :)

takziah tuk my lovely kazen



hai . ekceli . dah lama nak wat entry ni . tapi masa amatlah suntuk . bz dengan banyak bende . 
entry ni khas for kak as . kazen aku . yang kehilangan baby . yang baru berusia 2 minggu . lupe pulak nama y baby tu . nur ameraa ... . ade lagi satu pekataan . lupe lak . tape . lupeka . 

kak as dah lama tunggu nak dapat anak lagi . die dah ade sorang anak . perempuan . and die nak ade anak lagi . and die nak sangat anak laki . 5 tahun tunggu . barulah die mengandung for the second time . happy sangat family die . barang barang preparation tuk baby sume dah beli . 

hari yang ditunggu pun hampir tiba . tapi die lepasi tarikh jangkaan lambat 1 week . dekat 2 weeks jugak . dah kira lambat sangat dah tu . air ketuban pun dah pecah , tap still tak melahirkan . then , hari pe ek , aku tak beraa ingat . die bersalin . melalui operation . sebab jalan tak boleh bukak . just bukak 3cm je . doc dah bagi ubat 3 kali . still tak bole . tapi , aku rasa , ubat tu tak bole bagi banyak kali . just bole bagi 2 kali . kalau tak bukak jugak . terus buat operation . tapi tatao lah kan  do lebih arif . 

tapi malangnye , bayi dah lemas pun kat perut . tapi still bernyawa . tapi tersangat lah lemah . so then baby kene tahan kat sepital . maknye pulak kene balik rumah . tapi , beberapa hari lepas tu , family aku dapat call , diberitahu baby tu dah tade . T.T macam tak caya . nak pergi , tapi ayah pun tak sehat . tade sape yang boleh drive . then dapat call balik . rupenye , baby tu tak meninggal pun . still ade lagi . aku pun , ergh ? cite ape ni ? kejap ade kejap tade kan ? tapi , alhamdulillah lah . sebab still ade lagi kan . then , weekend tu , family aku pergi la melawat ibunyaaa . tak dapat tegok baby . sebab baby kat hospital . kalau pergi pun , tak dapat masuk tengok . aku just tengok gambar je . kesian . banyak sangat tiub and wayar T.T 

HARI SELASA MALAM , dapat call . baby dah tkde . yang ni memang betul betul takde . sedih . malam tu jugak . pukul 10pm famly aku and family kazen aku , kak ani . betolak sekali . sebab kitorang aea kluang kan . gerak lah g tenggaroh . smpai sana pukul 1230 am . penat . ngantuk . tengok baby . comelnyee . tapi sayang . hmmm . maknye pulak . offkos lah sedih kan . aku tak sampai hati nak tanya kak as ape ape tengok keadaan die yang macam tu . muram . yelah . ibu mana yang tak sedih . kehilangan anak . ibu dalam pantang , anak tade kat sebelah . 

tapi , tu sume dugaan tuhan , betul tak ? insyaallah . si anak akan tunggu ibu di pintu syurga . harap harap . kak as dapat bersabar dengan pemergian anaknyaa . marilah sama sama sedekahkan al - fatihah keada baby tu . al - fatihah . 

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd



selamat pagi isnin . permulaan hari bagi setiap minggu . semalam dah cuti , hari ni masing masing dah menjalankan tugas balik . bagi yang keje , keeje . bagi yang sekolah , sekolah . bagi yang exam , exam . haish . penganggur macam aku ni . dok on9 jele . tu pun kekadang . bz wat keje umah :P HAHA .
okeyy . pagi ni . aku nak join GA ! yeyy ! jom join sekali . 

click banner kalau nak join . (:

GA by missmyd yang comel (: 

hadiah die ape ? haiyaa . shawl lah . hik hik . 
tapi die tak bagitahu lak dateline die bile . aku pun dok main join je . lalalalala ~ 

nak tag , 

gadeshmanje 
ieqa halim 
liniey 

DONE :)

Saturday 21 April 2012

negara haram hukuman mati




hai . pagi ni nak buad post simple je . korang tw tak ? negara yang haramkan hukuman mati . 

austria , croatia , cyprus , denmark , finland , latvia , norway and sweden :) 

Friday 20 April 2012

bosan




bosan ta dapat nak BW n update entry selaluu . busyyyyyy gylaaaaa . and tak bayar tetelband . ta dapat nak on9 !

sayang nye . nak BW !!!!!!!!!!!!! 

Tuesday 17 April 2012

katak melekat kat kemaluan


baca tajuk ! mesti korang rasa , eeewwwwww . aku pun . yearks ! macaman boleh jadi macam tu ! erghhh . weird . 


ni cerita time aku sekolah menengah . cikgu addmath aku yang cerita which is kejadian ni berlaku kat kawan dia time diorang study . biaselah . kalau murid murid dah ngantok , macam macam cerita kelua . and this story yang aku paling ingat . sangat jelas . 

cerita dia ; 
satu hari tu . diorang pergi somewhere *oke,yang ni aku tak berapa nak ingat . and then diorang singgah kat RnR . nak buang air kan . and then . kawan die pun buang air jugak . after that , masuk kereta , sepanjang perjalanan nak balik tu , kawan dia senyap jeee . tak cakap ape ape . bila ditanya , kawan die just cakap "im fine" . tapi my teacher tu pelik lah kan . 

sampai rumah , mak that girl pun pelik . anak die diam je masuk dalam bilik . tak kelua . bila dipanggil pun tak jawab . semua orang risau lah kan . at last , dia bagitahu jugak family die . ade KATAK KAT KEMALUAN die . die try dah cabut . tapi tak boleh . memang family dia terkejut gilah lah kan . macamana boleh jadi macam tu . dia pun cerita la kat mana dia kene semua .

and then , pergi hospital . nak cabut kan . tapi tak boleh jugak . docter pun tak tahu nak buad macamana . then try berubat kampung . tyme berubat kampung ni , orang tu cakap . benda ni memang ta boleh cabot . sebab terlalu kuat die cekam *aku taktahu nak ganti dengan word ape . dia bagitahu , kene tunggu hujan turun . sebab kan katak paggil hujan . at that time . baru la katak tu bleh tanggal . so , memang family dia niand dia dok doa la buat solat hajat semua . doa doa supaya hujan turun . and tak lama lepas tu . beberapa hari jugak . hujan pun turun . and katak tu pun tanggal . ngeri seyh . 

after je aku dengar cerita tu , sampai sekarang ni , kalau singgah mana mana even kat rumah pun , aku akan chek betul betul . ade katak or something else tak . dah rasa selamat , baru lah melepaskan segalanya . hek hek ^^ so korang , makesure korang hati hati yea ;) sebab cerita ni bukan rekaan tw . cerita betul . 


Friday 13 April 2012

kimi nak wadak !


wadak ? korang tw ta wadak tu ape ? k fine . aku pun tatao . 
kimi tu anak kazen aku act . kecik lagi . around 3 years gitu lah . 
satu pagi tu . die bangun tido . terus meraung raung ; NAK WADAK ! NAK WADAK !!
satu family pelik . wadak ? apakah ? kfine . then tunjuk la barang barang yang ada kat umah tu . 
"ni ke ?" "ni ke?" sume bukan =.="
then disebabkan nenek si kimi ni merangkap makcik aku , buat kuih untuk dijual , kami tunjuk lah kat kuih WADEK kat budak kimi tu . sebab bunyi kan dekat dekat sama kan . waddak - wadek . dekat la jugak . 


tapi malangnya , bukan jugak ! hakhak . adoi . budak ni dah meraung raung da . "ape budak ni nak sebenarnya" 

lepas tu kak liza (mak dia) bawak lah die g kedai . sesampai kedai . die tunjuk kat icebox tuu . die suruh la mak die dokong die . then tunjuk tunjuk kat "wadak" tuuu . nges nges sampai =.="

ni lah diaaa rupa wadak yang diidam idamkan :


mak kimi, "oh , hotdog la bang"
sosej upenye  sampai umah terus goreng . 
bila tanya balik , "dah makan WADAK abang ?"
kimi jawab , "HOT DOG" lahh .
*tawu pulak hotdog =.="





Thursday 12 April 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012



click banner je . 

aku tatao la sempat ke tak ni . aku men join je . 
kbai .



Tuesday 10 April 2012

PROMOSI BLOG by NASZ


okay , mintak maap kawan kawan . lately ni . busyyy . nak BW pun tak sempat . ni lepas solat subuh , cube sedaye upaya mengejar mase walaupun masa macam kilat . saye pulak macam keteapi . berpeluh peluh dah ni kejar masa . nak wat entry ni T.T ni lah group saye yang akan saye promosikan ! dari group 2 .  jom singgah blog diorang . sangat menarik tau :)

Mr. E'raz Fadli
http://blueranger-theonlyone.blogspot.com

♥ Cik Rose Cute!!♥
http://hairuliza-anakku.blogspot.com


http://engkumuzahadin.blogspot.com

Istilah Minda
http://mawardiyunus.blogspot.com/

http://mybunnytuttut.blogspot.com

FiQaH oLenJi
http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/

http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com

http://eifathegoodgurl.blogspot.com

DONE :)
so ape lagi korang ?? jom serang blog diorang . hihi ^^









Monday 9 April 2012

buah naga merah rendahkan kolestrol


korang terlebih kolestrol ? tahu tak korang , buah naga merah amat berkesan untuk sistem penghadaman dan peredaran darah ? 


buah naga merah ni jugak memberikan tindak balas yang memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin di dalam badan . bukan tu jek tau , buah naga ni jugak boleh mencegah barah usus, selain mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah dan juga membantu mengurangkan kadar lemak dalam badan :)

*aku tak suke pun buah ni . just nak share :) hihi .

Sunday 8 April 2012

cantik di hati



  • Seorang wanita biasa akan kelihatan cantik,
  • Seeorang wanita manis akan kelihatan semakin manis ,
  • Dan seorang wanita cantik akan kelihatan jauh lebih cantik, Jikalau,
  • Ia senantiasa menjaga iman dan ketakwaannya kepada Allah.
  • Ia senantiasa berpegang pada sunnah dan meneladani Rasul-Nya.
  • Ia senantiasa menutupi auratnya serta tak berlebihan jika berhias.
  • Ia selalu berbakti kepada kedua orang tuanya.
  • Ia senantiasa patuh dan taat kepada suaminya (jika bersuami)
  • Ia senantiasa menjaga kesopanan dalam bertutur kata.
  • Ia senantiasa menjaga keindahan tingkah lakunya dan budi pekertinya.
  • Ia berssikap ramah dan saling menyayangi antara sesama.
  • Ia juga menaruh hormat kepada yang lebih tua dan menghargai yang muda.
  • Ia menjauhkan diri dan tidak suka memfitnah.
  • Dan ia pandai menempatkan diri baik dalam bertutur kata serta sikap ketika bersama siapa pun dan dimana pun .
wassalam :) 

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com


awwwww . banyaknye . bederettt segmen for todayy ! 
segmen ni by sys lidarahim

a Little Room of Lida Rahim

hadiah die sangat menarik tau :D

hadiah :
Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang

duedate , 7 MEI . *lama lagi :)
nak tag semua blogger . 
DONE :) 

Segmen: Blogwalking Lagi by Arra Ahmad




click je header kalau nak join :)
segmen by sys arra :)

jom join . lagi ramai lagi masyukkk ! XD



coretan hati

third segmen for today . from cik violet
saya tag semua blogger yang baca entry nieh okayh ! :) ^^


Segmen : Review Blog by Misz Wenn


second segmen for today ;

click sini untuk mengetahui lebih lanjut :)

segmen ni by misz wenn ^^ 
jom join reramai :)



SEGMEN NASZ : PROMOSI BLOG


MOHD NASER.com

hee . bangun pepagi join segmen bro nasz . :) 
kepada kngkawan yang sudi jengok blog saya nieh . 
mekaseh bebanyak ehk :)
tinggalkan jejak anda . yeayy :) 

Saturday 7 April 2012

SEPATUTNYA KITA BERSYUKUR . .



betapa sayangnya ALLAH kepada hamba hambanya .
adakah kita sayangkan ALLAH sebanyak yang ALLAH sayangkan kita ?
betapa kerdilnya kita disisiNYA . 
marilah kita sama sama berubah ke arah kebaikan . 

renung renungkan lah . 

Friday 6 April 2012

PERBEZAAN DAGING BABI DAN LEMBUU .



saya nak kongsikan lagi satu information . even ramai yang dah tau , tak kira . nak post jugak . hewhew. sharing is caring kan ? sebagai peringatan sesama islam . takot nanti kite tertipu oleh peniaga peniaga yang nak kaut untuk lebih . kita mana tw . ye dakk ? so , kite kenelah ambil langkah berjaga jaga ^^ supaya tak terlepas pandang . :)

UNTUK SEBARAN UMUM:
6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Babi

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!

PSSS . copy and paste je . sebab saye tw , still ade segelintir yang tak tahu nak bezakan . kite seatutnye tak salahkan orang yang tak tahu lagi . selagi boleh , kite bantu . jangan nak hembus cakap orang tu itu ini la . kite sebagai saudara sepatutnya saling membantu . bukan menyalahkan orang tersebut . *saya baca kat satu tempat . orang yang dah tahu mcm tak puas hati dengan orang yang taktahu . 

Perspektif jodoh



jom sama sama kita ikot jalan yang lurus . dari segi islam :)
untuk mengelak berlakunya maksiat . 
dari maksiat , berlakunya pengguguran bayi .
pembuangan bayi .
penyeksaan bayi .
*teringin nak adik lagi .

insyaallah , dengan cara ini . rumah tangga yang dibina akan lebih kukuh .
bahagia . mudah juga untuk mendidik anak anak kita kelak untuk menjadi yang terbaik :) Amin .

ssekadar perkongsian . cilok dari fb jea :) 
kotkot ade yang tatao lagi :)

Thursday 5 April 2012

SEGMEN NASZ : SPONTAN


MOHD NASER.com

kay , pepagi join segmen . nampaknye . memang tiap kali abang nasz buad segmen , aku akan join (Y)

SEGMEN ABG NASZ LAGI ! YAY ! (:

pssst; abg nasz . cayalah abg nasz . suka laa . sebab sume simple 
*lenkali wat giveaway pulak tw . hihihi

jom ikut cara diet rasulullah :)



ini untuk semua . aku tau ade yang dah tau . 
and kepada yang tatao bleh take note . 

ha , kepada yang tengah diet . 
apa kata korang ikut cara ni . 
insyaAllah . berkesan . 
kite kan digalakkan mengamalkan cara hidup rasulullah :)

sekadar perkongsian :)