Sunday, 15 July 2012

Gaya Hidup Di Dunia Membayangi Ahli Syurga Atau Neraka



Sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai akan adanya syurga dan neraka yang mana setiap manusia akan mengalaminya.  Orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang ingkar akan ke Neraka.  Semua orang Islam yang beriman berkeyakinan sedemikian.  Persoalan besar timbul ialah apakah kita menyedari bahawa gaya hidup dan tingkah laku kita sehari-hari itu termasuk sebagai persediaan sebagai ahli Syurga atau telah pun tergelincir sebagai ahli Neraka.  Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang beruntung ialah hidup yang selalu diisi dengan amalan soleh iaitu melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan kebajikan dan memerlukan perbuatan yang membawa kebaikan kepada masyarakat atau manusia umumnya.

ketahuilah semua bahawa setiap kebajikan atau kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, direkot dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikatnya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.  Allah SWT menjadikan kita di dunia ini bukan dengan tujuan sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu.  kerana itulah manusia diberi akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup binatang.  Dengan demikian amat rugilah manusia jika manusia bertingkah laku seperti haiwan.

Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan sahaja tetapi mestilah juga meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya.  Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada orang miskin tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan sepeerti mengumpat dan fitnah.  Sebagai persediaan menjadi manusia yang soleh maka kita perlu mengambil langkah berikut :

Pertama : Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan . 

Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan hak-hak manusia.

Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang melibatkan kepentingan, dan 

Keempat : Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampur adukkan perkara yang halal dan perkara yang haram. 

Sumber : UiTM 


5 comments:

kaki bola said...

wahh, tazkirah ni.aku suke.:)

bloggerboy said...

nice!good one.. :)
semoga hidup diberkati.. :)

btw,do follow me k ;)

farhanamasdo said...

@kaki bola tengs fiq . aku share je :)

Misz Mieza said...

Nice sharing! Semoga kita semua terhindar dari golongan2 yang leka & lalai.. Amin..

Nadia Elena said...

thanks for this sharing.. :)