Wednesday 18 July 2012

ETIKA KOMUNIKASI



Apa yang korang tahu pasal "komunikasi" . Setiap orang memahami komunikosi dengan cara yang berlainan . Macam macam pendapat yang kite boleh dapat daripada semua orang . Tetapi , tetap mempunyai maksud yang sama kan ? hee . Tadi masa CTU , (subjek agama) . aku belaja pasal "ETIKA KOMUNIKASI" . and . banyak yang aku dapat :) meh aku share sikit dengan korang ^^ 

Komunikasi merupakan asas dalam kehidupan seseorang manusia dan merupakan medium penyebaran maklumat daripadan seorang manusia kepada manusia yang lain .  Komunikasi dalam Islam yang berteraskan akidah mesti mencerminkan akhlak-akhlak yang mulia dan khususnya berhati-hati menjaga lidah semasa kite berkomunikasi kerana lidah manusia lebih tajam dari sebilah pedang dan lidah jugaklah yang menentukan pribadi dan martabat seseorang itu di dalam pergaulan . 

Ada lima saranan di dalam Al-Quran berkaitan etika ketika berkomunikasi dalam Islam :


  • Qaulan Sadida
Isi pesanan harus jujur dan benar . Informasi yang disampaikan mestilah tidak ditambah, dikurangi atau direka-reka . . Ketelusan dalam penyampaian mesej hendaklah dijaga agar tidak berlaku fitnah serta penyelewengan fakta yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pihak-pihak tertentu . 

  • Qaulan Ma'rufa
Menyeru kepada kebenaran dan kebaikan serta mencegah kemungkaran sesuai dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi . 

Merupakan satu kesilapan yang sangat sangat lah besar disisi Islam apabila seorang komunikator ketika berkomunikasi, dia mengajak masyarakat hanyut dalam perkara-perkara yang melalaikan serta maksiat . Lebih parah lagi apabila apa yang dipertuturkan mengandungi ajakan-ajakan yang boleh membawa syirik terhadap Allah SWT . So , korang , harap korang tahu ape yang korang nak sampaikan kat orang lain :) 

  • Qaulan Baligha
Kata-kata yang membekas dijiwa manusia yang benar-benar keluar dari lubuk hati . Salah satu faktor penting kejayaan dalam komunikasi telah diakui, jika kata-kata yang digunakan berjaya membekas di jiwa manusia . Komunikator hendaklah mempunyai kemahiran dalam memilih dan menggunakan setiap kata-kata sehingga ketika diucapkan benar-benar mengena ke lubuh hati pendengar . 

  • Qaulan Maisura
Ucapan yang menyenangkan hati, layak dan baik untuk dibicarakan serta mudah dimengerti . Islam memerintahkan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat dan membantu mereka yang memohon pertolongan. Jika permintaan itu tidak dapat dipenuhi, hendaklah ditolak dengan perkataan yang baik dan sesuai agar tidak membuat mereka kecewa . *kalau aku , aku susah sangat nak tolak , sebab aku lebih pentingkan orang lain dari diri sendiri . Seorang komunikator juga perlu menghormati pendengar apabila bercakap seperti tidak meninggikan suara, bercakap dengan bahasa yang sopan dan beradab bukan dengan kata-kata yang kasar, maki hamun serta mengaibkan orang . 

  • Qaulan Karina
Menggunakan perkataan yang mulia dan tiada unsur-unsur keji . QK bererti , apabila komunikator berbicara, perkataannya mempunyai isi yang bermanfaat, mengandungi kebajikan, menyenangkan para pendengar, bahasanya sopan dan lemah lembut, bercakap dengan rendah hati tidak merasa dirinya yang paling benar, ramah dan sentiasa tersenyum .

Islam melarang menggunakan kata-kata kotor, caci maki, memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukai, menggunakan bahasa yang tidak sopan dan sombong . Tambahan pulak , akan menyakitkan hati orang lain . betul takk ? And , panggil lah seseorang dengan nama dia sendiri yang baik baik sebab kata kata merupakan satu doa . Kan ? Kalau korang memanggil nama orang dengan nama yang baik , InsyaAllah orang akan memanggil kita dengan nama yang baik :) 

konklusinya , korang sume kene lah berhati hati semasa komunikasi . jaga pertuturan , bak kata pepatah , telajak perahu boleh diundur , telajak kata , buruk padahnya :) 

#harap dapat berkongsi sesuatu dengan anda semua :) 



1 comment:

Malaysian Boy said...

banyak info, aku serius tak penah dgr info ni, mybe aku da blaja kat skola dlu tapi lupe.hehe. good work.